Ashraf telah tampil dalam pertemuan dengan media di MARAkesh, Busana @Mara di Jalan Tunku Abdul Rahman tanpa ditemani dua orang isterinya. Tujuan Ashraf tampil ke depan adalah disebabkan terlalu banyak cerita yang tidak betul selain khabar angin yang tersebar luas mengenai pernikahannya dengan Wan Sakinah dan harus memperbetulkan beberapa tuduhan yang tidak benar terutamanya di pihak bapa Noor Dayana.
“Tujuan saya panggil media adalah kerana saya lihat terlalu banyak berita yang tidak betul dan sebagai seorang yang bertanggungjawab saya harus tampil dan perbetulkan cerita dan tuduhan yang tidak berasas ini yang turut mengaibkan semua ahli keluarga.
“Untuk pengetahuan, pernikahan saya tempoh hari tidak mempunyai sebarang masalah antara saya dan ahli keluarga cuma diakui ada yang juga yang marah dengan tindakan saya itu. Saya tidak mampu untuk halang mereka marah saya dan diharapkan masa akan memulihkan keadaan.
“Pihak isteri pula masing-masing tiada masalah tetapi biasalah hati wanita kita tidak dapat jangkakan sebenarnya tentang apa yang mereka rasa. Tapi saya tetap berdoa agar semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.
“Malah sekarang ini (ketika sidang media) mereka berdua sedang keluar bersama, jadi ianya tidak menjadi satu masalah jika kami sentiasa ada persefahaman,” jelas Ashraf panjang.
Dalam pada itu, Ashraf turut mengulas lanjut tentang dirinya yang didakwa menipu isteri pertamanya, Noor Dayana serta ahli keluarga yang lain apabila pemergiannya ke Thailand atas urusan perniagaan, walhal dia cuba merahsiakan perkahwinannya dengan Wan Sakinah di sana.
“Keputusan berpoligami ini adalah satu keputusan yang sangat sukar untuk saya buat. Ini kerana sayang ingin mengelak dari berlaku fitnah dalam hati saya. Buat apa saya menipu jika memang benar berlaku dan saya tidak mahu terus diimpit gosip dan andaian orang sehingga mengaibkan nama keluarga dan semua yang terlibat.
“Tambahan umum mengetahui mengenai prosuder di mahkamah yang mengambil masa dan disebabkan itu saya ambil keputusan menikah di Thailand. Ini semau kerana saya tidak boleh biarkan pelbagai cerita lagi keluar kerana banyak hati yang perlu saya jaga.
“Kami juga tidak kahwin lari kerana ada ahli keluarga dari pihak saya dan Sakinah turut hadir ke majlis tersebut. Saya harap tiada lagi cerita yang tidak betul serta mengaibkan nama saya, isteri-isteri dan keluarga mertua saya.
“Semuanya dalam keadaan baik dan saya tidak mahu disebabkan cakap-cakap dari orang diluar sana akan mengeruhkan keadaan yang sebenarnya masih ok tanpa sebarang masalah,” ulas Ashraf yang meminta pihak luar sana dari terus menghukum dan melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap diri dan keluarganya.
0 comments :
Post a Comment